Abu Umar | 

Abu Umar Now in Malaya

Sejak pulang dari mengerjakan umarah april lepas, lama sudah blog kerdil ini dibiarkan tanpa artikel-artikel dari saya. Semangat sudah kurang agaknya..

Jadi, memandangkan saya sudah pulang ke Malaya, title blog ini pun dah kena tukar ni. No more tagline "Abu Umar in Abu Dhabi'.. Walaupun sudah di tanahair, memori dan kenangan di abu dhabi tetap menjadi kenangan termanis saya.

Untuk itu, tagline blog ini akan di tukar ke "Abu Umar (Now in Malaya)

tunggu perubahan pada blog ini..Its time to activate the blog once and for all. Go go Abu Umar!!  (~_~)

Abu Umar
Now in Malaya

Cegah Sebelum Parah





Jagalah Allah, Pasti Engkau Menang!

Dari Abul-‘Abbas ‘Abdullah Bin ‘Abbas –-semoga Allah meridoinya- ia mengatakan, “Aku berada di belakang Rasulullah saw. Beliau mengatakan,

‘Nak, Jagalah Allah niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya engkau akan dapati Dia ada di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah; dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah bahwa jika seluruh umat berhimpun untuk memberikan manfaat (keselamatan) kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya selain apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Dan seandainya seluruh umat berhimpun untuk menecelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali kecelakaan yang memang sudah Allah tetapkan untukmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran.” (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Dan dalam riwayat selaian dari At-Tirmidzi, Rasulullah saw. bersabda,

“Jagalah Allah niscaya kamu akan mendapati-Nya di depanmu; kenalilah Allah pada saat mendapat kemudahan, niscaya Dia akan mengenalmu saat kamu mendapat kesulitan. Ketahuilah bahwa apa yang bukan jatahmu tidak akan mengenaimu dan apa yang menjadi jatahmu tidak akan salah sasaran. Ketahuilah bahwa pertolongan Allah bersama kesabaran; kelapangan ada bersama kesempitan; dan kemudahan ada bersama kesulitan.” (Al-Hakim dan Ahmad)

Isteri pertamaku, Isteri keduaku

Isteri pertama
Aku mula mengenalinya semasa di alam universiti.Tidak ramai yang dapat 'approach' si dia, dan aku berasa beruntung kerana aku diantara orang2 yang terpilih untuk mengenalinya secara lebih mendalam semasa itu.

Setelah taaruf, aku mengambil keputusan untuk mengahwininya tanpa pengetahuan ibubapaku. Aku berkahwin dengan isteri pertamaku pada usia 18 tahun. Aku tahu bahawa ibubapaku pasti akan menentang keputusan itu, tetapi aku sanggup mengambil risiko untuk berkahwin dengan isteri pertamaku. Keputusanku dibuat demi berpaksikan kepada Allah dan rasul semata-mata, dan bukannya atas faktor harta, wanita dan takhta.

Sudah banyak wang, tenaga dan masa telah aku curahkan untuk isteri pertamaku ini. Semakin banyak dicurahkan, semakin sayang aku akan isteri pertamaku ini. Aku tidak tahu, adakah isteri pertamaku mempunyai perasaan yang sama terhadapku.

Isteri pertamaku lah yang membuka jalan kepadaku untuk mengenali Islam. Beliaulah yang memastikan agar diriku ini tidak terpesong dengan ajaran islam. Di saat aku agak tergelincir pada landasan, beliau lah yang akan membetulkan semula jalan agar kembali pada tempatnya.

Isteri pertamaku ini mempunyai ramai kawan yang baik akhlaknya, dan beliau lah yang memperkenalkan aku dengan ramai kawan-kawan yang mereka ini sudah aku anggap seperti darah dagingku sendiri. Itu yang membuatkan aku bertambah sayang kepada isteri pertamaku ini.

Sudah banyak keringat yang aku curahkan kepada isteri pertamaku ini demi membahagiakannya. Keputusanku untuk berhijrah ke abu dhabi ini pun atas sebab nya. Demi untuk menambah duit poket isteri pertamaku ini, aku rela meninggalkan sementara kawan-kawan isteri pertamaku ini.Biarlah aku tidak punya wang ringgit, asalkan isteri pertamaku tidak sengsara melalui kehidupan disana.

Agak sedih untuk aku meninggalkan isteri pertamaku dan kawan-kawannya di Malaysia. Bayangkanlah, sejak 11 tahun yang lalu, banyak masa diluangkan bersama isteri pertamaku. Dan kami terpaksa berpisah sementara untuk memastikan agar aku dapat mencari duit poket untuk dicurahkan kepada isteri pertamaku.

Semasa di abu dhabi, aku tidak dapat menahan rinduku pada isteri pertamaku. Setiap hari dan setiap ketika, minda ini sering terngiang-ngiang akan saat suka dan duka bersama isteri pertamaku. Aku menyedari bahawa kemesraan bersama isteri pertamaku kian renggang, dah aku tidak sanggup menanggung perasaan sedemikian.Aku terpaksa melakukan keputusan yang drastik untuk memastikan agar kemesraan kami berdua dapat mekar semula hingga ke akhir hayat.

Aku mengharapkan agar kawan-kawan isteri pertamaku dapat mendoakan aku agar 'rumahtangga' yang telah aku bina bersama-sama isteri pertamaku akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Isteri kedua
Aku mengenali isteri keduaku setelah 9 tahun mengahwini isteri pertamaku. Sebenarnya, isteri pertamaku yang memberi saranan untuk berkahwin lagi. Dia lah yang memperkenalkan isteri kedua kepadaku. Aku telah menerangkan kepada isteri keduaku akan hubungan aku bersama isteri pertamaku. Syukur, dia sanggup menerima keadaan sedemkian dan bersetuju untuk menjadi isteri keduaku.

Kami berdua bercinta selepas berkahwin. Aku juga sangat bersyukur kerana mendapat isteri kedua yang mempunyai hati yang tulus, murni dan jujur terhadap hubungan masing-masing. Dia pandai menjada hatiku, dan menjadi madu kepada racun tatkala aku dirundung masalah.

Isteri keduaku bersama-sama denganku berhijrah ke Abu Dhabi. Selama di abu dhabi, dia banyak menolong aku. Setakat ini, kami dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri keduaku. Aku banyak berterima kasih kepadanya kerana sanggup berlapar, bersengkang mata dan berkorban dalam membesarkan anak-anak kami. Semoga isteri keduaku diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T atas segala perbuatan beliau selama dia menemani daku di sini (Abu Dhabi)

Dia juga menolong aku untuk memelihara hubunganku dengan isteri pertama.Walaupun terkadang dia agak berkecil hati kerana aku selalu melebihkan isteri pertama, tetapi dia tidak pernah merasa cemburu ataupun iri hati dengan isteri pertamaku. Malah, dia juga turut sama menyumbang harta, masa dan tenaga kepada isteri pertamaku.

Mudah-mudahan isteri keduaku ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau bersamaku. Jangan bimbang wahai isteri keduaku, daku akan tetap bersamamu dan menyayangimu selagi mana dikau menyayangi Allah dan rasulmu.


Semoga isteri-isteriku ini menjadi pemangkin dalam memasakkan asas-asas agama dalam kehidupanku ini..


ISTERI PERTAMA - PERJUANGAN ISLAM
ISTERI KEDUA - UMMU UMAR

catatan abu umar
1550
12 Jan 2010 / 26 Muharram 1431H