Abu Umar | 

Segolongan Pendakwah yang terpengaruh dengan cara-cara kerja parti politik

Segolongan dari para petugas amal islami yang terpengaruh dengan berbagai-bagai aliran persaingan parti-parti politik dan terikut-ikut dengan cara-cara amalan politik mereka, menganggap keengganan Gerakan Islam memasuki lapangan ini dan mengamalkan cara-cara ini sebagai :
  1. ketinggalan dalamn kebijaksanaan
  2. kebodohan terhadap putar belit politik
Mereka menyifatkan perbuatan ini punca utama menyebabkan kebekuan amal islami dan keciciran dalam mencapai matlamat dan tujuannya. Mereka menganggap dengan melonggarkan sedikit dalam pegangan akidah dan memudahkan sebahagian dari hukum hakam dapat membolehkan da'wah itu bergerak lancar dan laju menuju kekuatan, pencapaian dan kemenangan.

Pada pendapat saya, yang betul adalah sebaliknya. Wallahu alam.

Sesungguhnya amal islami tidak pernah mengadu tentang sikap kurang terbuka pendokongnya dibandingkan dengan ia selalu mengadu tentang lemahnya komitmen petugas terhadapnya. Permasalahan pokok bukanlah kerana para da'ie jahil terhadap cara dan seni permainan politik. Sebenarnya orang yang menuduh itu tidak menyedari kejahilan mereka terhadap dua perkara:
  1. Prinsip-prinsip syariat
  2. hukum hakam agama.
Perkara-perkara ini mesti dilakukan, iaitu :
  • bersikap terbuka dalam memilih yang terbaik dan
  • mengambil kesempatan dari peluang dan keadaan yang ada
TETAPI biarlah ia berada dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam dan kaedah2 dengan cara berpandukan kepada prinsip-prinsip islam serta akhlaknya.

Mereka yang menganggap berperingkat dan berprinsip dalam amal islami sebagai dua jalan yang bercanggah, sebenarnya adalah mereka yang jahil akan sifat semulajadi agama dan jahil terhadap faktor-faktor sebenar yang mencapai kemenangan.

Sebenarnya, kadar-kadar keberhasilan perjuangan Islam adalah bergantung kepada :
  • Sejauh manakah amilin itu beriltizam dan memelihara syariat Allah
  • Sejauh manakah mereka berpegang kepada petunjuk dan taufiq Allah
Bagitulah sebaliknya, bagaimana mereka memandang remeh terhadap peraturan-peraturan Allah, sikap itulah yang membawa kemunduran dan kegagalan Gerakan Islam.

Petikan buku "Abjadiyyat tasawwur haraki lil amali al-islami" karangan Ust Fathi Yakan.

0 comments: