All New Year celebrations in Dubai has been cancelled as an act of solidarity with the Palestinian people.
Source : Gulfnews.com Published: December 30, 2008, 20:37
Dubai: His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, has ordered the cancellation of all forms of celebrations marking the New Year in Dubai emirate, as an act of solidarity with the Palestinian people.
In support of the Palestinians in Gaza, who are enduring all kinds of killing, destruction and displacement by the Israeli military machinery, Shaikh Mohammad instructed all concerned authorities in Dubai to put this order in place and take necessary procedures to circulate the decision to all concerned parties.
Abu Umar : Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri UAE atas tindakan yang sangat memberangsangkan..!! Bagaimana dengan PM Malaysia?? Hmm...
Agak lama juga saya tidak mengemaskinikan blog ini. Hendak dikatakan sibuk, tidak jugak. Nak dikatakan kurang topik, sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama. Tapi itulah, mungkin perasaan 'excitement' hendak berblog itu dah menurun sedikit jikalau hendak dibandingkan semasa saya memakai wordpress.com dahulu..
Sedar tidak sedar, kita sudahpun berada di penghujung tahun 2008, dan tahun 1430 hijrah sudahpun menjelma (Selamat tahun baru hijrah 1430). Nila dikatkan dengan tahun baru ini, pasti kita teringat zaman kanak-kanak dahulu tentang bagaimana kita diajar untuk memperbaharui azam kita apabila tahun baru bakal menjelma. Cumanya, tahun baru yang dimaksudkan itu bukanlah tahun baru hijrah, tetapi tahun baru gregorian! agaknyalah, kalau dibuat 'survey' kepada remaja-remaja islam sekarang, berapalah agaknya peratus remaja yang menyedari bahwa semalam sudah masuk 1 Muharram 1430? Hmm...
Rahmat dalam kesakitan
Saya kena demam campak bermula isnin minggu lepas, di saat dua benda baru muncul dalam hidup saya, iaitu kereta baru dan Hanphone baru.(Terkejut beruk agaknya kut, tup tup terus kena demam campak! ) Dua perkara baru yang saya dapat tahu apabila terkena demam campak ini. Pertama, baru lah saya tahu yang saya belum kena demam campak semasa kecil. Yang kedua, orang yang terkena campak ini rupanya akan mengeluarkan sejenis antibodi baru yang menguatkan daya pertahan badan seseorang itu.
Di saat sedang menaip ini, campak saya tampak belum akan pulih. Mungkin seminggu lagi barulah kering akan tompok-tompok campak ini. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah S.W.T memberikan nikmat sakit ini disaat kerja-kerja ofis tengah menimbun. Bukan kerana saya dapat mengelat daripada kerja-kerja rutin ofis, tetapi kerana memberikan masa kepada saya untuk bermuhasabah kembali akan kerja buat saya kepada agama islam ini. Bila dinilai balik sejak saya datang ke abu dhabi ini, rupanya saya lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Allahhu rabbi, maafkan lah kelalaian hambamu ini..
Di dalam buku "La Tahzan" karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, ada satu bab yang sangat menarik yang saya boleh kaitkan berkenaan orang yang sakit ini. Kata beliau,
"Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga mesti selalu dibenci. Kerana mungkin sahaja rasa sakit itu malah akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang."
Kan Allah taala mengingatkan kita akan perkara baik dan perkara buruk yang kita tidak ketahui hikmahnya,
Kamu diwajibkan berperang(untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
Sahabat Baru@Saudara Baru
Dua hari lepas, saya berkesempatan berkenalan dengan lelaki bernama lukman, seorang mualaf yang berasal dari Sydney, Australia dan sekarang menetap di daerah Banten, Indonesia. Dia sebenarnya datang ke UAE untuk menhadiri International Islamic Fair yang sepatutnya diadakan di Dubai, tetapi kerana sebab2 teknikal, event itu dipindahkan ke Yaman. Sementelaah cuti panjang ini, saya ambil peluang untuk menghantarnya ke Sharjah untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat baru yang berketurunan african american, Brother Bilal.
Dalam perjalanan ke Sharjah, saya sempat bertaaruf panjang dan berborak dengan beliau banyak perkara berkenaan Islam. Mulanya ia agak suspicious sedikit untuk berbicara dengan saya(Mana tidaknya, saya asyik bertanya soalan seakan S.B yang interview pesalah aje). Tetapi setelah beberapa ketika dan juga saya memberitahu beliau yang saya bergiat aktif dengan Jamaah PAS di Malaysia, barulah beliau agak selesa untuk 'mengeluarkan' banyak informasi-informasi yang bukan sahaja sangat berguna malah mengejutkan saya sebenarnya!! Sangat terkejut sehingga saya terpaksa berighstifar banyak kali untuk menenangkan hati saya..
Duduk sahaja di rumah -setelah beruzlah di masjid- adalah lebih teruk lagi dan tidak langsung menggambarkan sifat seorang muslim. Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. membantah keras orang yang bersembunyi di rumah sambil bersenda gurau dengan isterinya dan anak-anaknya, meninggalkan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar. Mereka ini mengosongkan tempat mereka dalam barisan mujahidin yang sepatutnya dipenuhkan untuk menentang taghut.
Para perawi telah meriwayatkan kepada kita dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah dijamin masuk syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a. Beliau telah berkata:
“Cukup jadi keaiban pada seseorang bila dia duduk diam di rumahnya.”
Tiada seorang pun ulama’ yang terkemuka yang redha dengan sikap demikian.Contohnya Imam al-Ghazali, beliau berkata:
“Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya telah melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh duduk saja-saja tanpa membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia masih jahil tentang syariat hinggakan syarat-syarat sembahyang"
Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman. Di antara mereka ada orang Arab Badwi, Kurdis dan Turki serta berbagai golongan etnik lagi. Sepatutnya ada seorang ulama’ atau faqih yang mengajar manusia tentang agama di setiap masjid dan kampung. Wajib ke atas setiap ahli fiqh -yang telah selesai melaksanakan kewajiban fardhu ain dan fardhu kifayahnya- keluar ke negara berdekatan, sama ada ia didiami oleh manusia tidak kira bangsa Arab, kaum Kurdi atau kaum etnik lain bagi mengajar mereka tentang agama dan hukum-hukum syariat mereka.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mudatsir ayat 1-2:
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!"
قُمْ فَأَنْذِرْ
Bangunlah, lalu berilah peringatan! (kaummu)”
Ibnu Taimiyah mentafsirkan ayat di atas dengan berkata:
“Wajib ke atas umat Islam untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada baginda Muhammad S.A.W., memberi peringatan sebagaimana baginda Muhammad S.A.W. memberi peringatan dan ancaman"
“ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya; oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang orang itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan upaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga.” (At-Taubah 9:122)
Bangsa jin pula apabila mereka mendengar ayat al-Quran,“..mereka kembali kepada kaumnya, memberi peringatan.Dalam timbangan Islam dan iman, ada amalan-amalan tertentu yang perlu diutamakan oleh seseorang pada satu ketika dan pada situasi tertentu mengikut konsep fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat). Satu amalan mungkin perlu dilakukan oleh seseorang tetapi tidak perlu bagi orang lain, perlu dilakukan pada seseuatu masa dan tidak pada masa yang lain. Adakalanya, setiap individu muslim mempunyai satu amalan khusus yang lebih utama untuk dilakukan olehnya berbanding dengan amalan-amalan lain yang juga mulia.
Ibnu al-Qayyim Rahimahullah telah mengatakan: “Bagi orang yang berani dan kuat yang mampu menggerunkan musuh dengan serangannya, perlu berdiri di barisan depan dan berjihad menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari mengerjakan haji, puasa, sedekah dan ibadah sunat yang lain.”
“Bagi tokoh-tokoh agama yang alim dan memahami sunnah, halal haram, kebaikan dan kejahatan, pandai bergaul dengan orang ramai, mengajar dan menasihati dalam bab-bab agama lebih utama baginya dari mengasingkan diri dari orang ramai dan menghabiskan masa untuk bersolat, membaca al-Quran dan bertasbih semata-mata.”
"Janganlah ada di kalangan kita berhujah dengan hadis-hadis keutamaan ibadat-ibadat sunat, tasbih dan zikir untuk menjustifikasikan tindakan kita mengasingkan diri dari orang ramai, meninggalkan tugas untuk membimbing manusia lain serta mengajar dan menasihati mereka, berdasarkan pengetahuannya. Sesungguhnya menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai lebih baik daripada melakukan ibadah yang sunat."
-Petikan dari kitab 'Al-Muntalaq' karangan Muhammad Ahmad Al-Rasyid-
By Binsal Abdul Kader, Staff Reporter Published: November 24, 2008, From Gulfnews.com
Abu Dhabi: Abu Dhabi will be recycling 100 cent per cent of its waste water by next year, a senior official told Gulf News on Monday.
"Now, two-thirds of waste water is recycled in the emirate," said Alan Thomson, Managing Director of Abu Dhabi Sewerage Service Company, a government-owned company dealing with sewerage treatment services.
He spoke to Gulf News on the sidelines of the Middle East Economic Digest's Waste Water Treatment and Reuse Conference 2008 which began in the capital yesterday.
Thomson said there is no plan to improve the standard of waste water recycling to produce potable water. "The present recycling system does not aim for potable water."
A proposed 15 kilometre sewage tunnel linking the Abu Dhabi mainland and island as part of Strategic Tunnel Enhancement Programme (Step) will improve the waste water treatment capacity of the emirate, said the official.
"Abu Dhabi's population is expected to double by 2020 and the amount of waste water will also increase proportionately."
Abu Umar : Jangan laaa depa ni nak tiru cam Singapura udah lee. Waste water dah convert jadi drinking water..ish2
Seperti biasa, perkara rutin yang saya akan lakukan sebelum memulakan kerja di ofis ialah men'jenguk' keadaan semasa di Malaysia melaui webnews-webnews, antaranya ialah Harakahdaily.net,tranungkite.net,Utaraonline, utusan meloya,berita hairan dan the star.
Saya terbaca tajuk utama hari ini( disini dan disini ). Sudah di agak, perhimpunan mansuhkan ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Padang MPAJ semalam memang akan diganggu polis. Ternyata, Polis Malaysia masih lagi tidak menunjukkan ketelusan dan keadilan yang sepatutnya. Manakan tidak, satu perhimpunan menyokong ISA (disini dan disini) boleh pula diadakan, malah di'manja'kan oleh pihak polis. Padahal, kedua-dua perhimpunan itu menyentuh perkara yang sama, iaitu ISA. Satu menyokong dan satu lagi membantah. Yang menyokong dimanjakan, yang membantah di'kerja'kan.
Apabila melihat senarai orang yang ditangkap pada malam itu, rupanya ada dua orang sahabat usrah pandan saya berada dalam senarai. Mereka ialah Azman Abd Hamid ( kami panggil dia Man Tok Kenali) dan juga Hafiz Zulkifli (juga dikenali dengan gelaran Hafiz Bere). Kedua orang yang saya kenal ini amatlah baik perwatakannya (walaupun terkadang agak nakal sikit, biasalah nakal-nakal sayang dengan sahabat seperjuangan). Saya yakin, mereka ini ditangkap bukan kerana bersikap liar ataupun ganas, tetapi kerana keberanian dan ketegasan mereka dalam nak menjalankan amanah sebagai petugas unit amal pada malam itu. Sekurang-kurangnya, taujihat yang dihadam dalam usrah jemaah berkenaan pengorbanan dan keberanian dlm memperjuangkan keadilan dapat dipraktikkan dlm kehidupan mereka.
Syabas diucapkan, semoga allah taala tabahkan hati kalian , mudah-mudahan akan lebih cekal dalam perjuangan.
Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya [1] kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (22) Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya]- AlAhzab,ayat 22 dan 23