Abu Umar | 

Sahabat Usrah Di Tangkap

Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa, perkara rutin yang saya akan lakukan sebelum memulakan kerja di ofis ialah men'jenguk' keadaan semasa di Malaysia melaui webnews-webnews, antaranya ialah Harakahdaily.net,tranungkite.net,Utaraonline, utusan meloya,berita hairan dan the star.

Saya terbaca tajuk utama hari ini( disini dan disini ). Sudah di agak, perhimpunan mansuhkan ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Padang MPAJ semalam memang akan diganggu polis. Ternyata, Polis Malaysia masih lagi tidak menunjukkan ketelusan dan keadilan yang sepatutnya. Manakan tidak, satu perhimpunan menyokong ISA (disini dan disini) boleh pula diadakan, malah di'manja'kan oleh pihak polis. Padahal, kedua-dua perhimpunan itu menyentuh perkara yang sama, iaitu ISA. Satu menyokong dan satu lagi membantah. Yang menyokong dimanjakan, yang membantah di'kerja'kan.

Apabila melihat senarai orang yang ditangkap pada malam itu, rupanya ada dua orang sahabat usrah pandan saya berada dalam senarai. Mereka ialah Azman Abd Hamid ( kami panggil dia Man Tok Kenali) dan juga Hafiz Zulkifli (juga dikenali dengan gelaran Hafiz Bere). Kedua orang yang saya kenal ini amatlah baik perwatakannya (walaupun terkadang agak nakal sikit, biasalah nakal-nakal sayang dengan sahabat seperjuangan). Saya yakin, mereka ini ditangkap bukan kerana bersikap liar ataupun ganas, tetapi kerana keberanian dan ketegasan mereka dalam nak menjalankan amanah sebagai petugas unit amal pada malam itu. Sekurang-kurangnya, taujihat yang dihadam dalam usrah jemaah berkenaan pengorbanan dan keberanian dlm memperjuangkan keadilan dapat dipraktikkan dlm kehidupan mereka.

Syabas diucapkan, semoga allah taala tabahkan hati kalian , mudah-mudahan akan lebih cekal dalam perjuangan.

Teruskan Perjuangan..!!!

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا(22) مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا

Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya [1] kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (22) Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya]- AlAhzab,ayat 22 dan 23



0 comments: