"Assalamualaikum. Sir, washing machine ready. Send to your house today?," kata tukang baiki washing machine dalam phone kepada saya.
"ok ok, no problem. 6 O'clock send washing machine to my house, insya allah," balas saya dalam loghat english yang mudah dipahami.
"ok sir. i am at your house today," balas si tukang baiki tadi.
Pindah
Saya baru berpindah rumah minggu lepas.Malahan keletihan berpindah rumah masih terasa sampai sekarang. Semenjak tahun 2004, sudah hampir 7 kali saya berpindah, sekali di gombak, 5 kali di pandan dan sekali di abu dhabi. Urusan perpindahan sebelum ini biasa-biasa sahaja, tetapi kali ini cukup penat. Dari sebesar-besar barang sampailah sekecil-kecil barang. Semuanya harus di masukkan kedalam kotak, dipindahkan dan dikeluarkan semula.Bila dah masuk ke rumah baru, pasti ada yang tidak kena. Kali ini, washing machine buat hal.
Mujurlah ada sticker-sticker kecil yg ditampal di pintu gate rumah.Tapi malang, semuanya tidak mampu untuk baiki yang automatik. Maka terpaksalah saya menggerakkan kuda 'nissan sunny' saya itu untuk ranjau sepanjang jalan mencari tukan baiki.
alhamdulillah, jumpa satu di rumah-rumah kedai sekitar bandar koboi Baniyas.
Ucapkan salam
Saya mendapat panggilan daripada tukang baiki tersebut semasa dalam perjalanan balik ke rumah,
"Assalamualaikum. where are you sir? i am coming to your house now," kata beliau.
"Waalaikumsalam. Ok, give me 5 minutes," balas saya.
Satu budaya yang menarik di abu dhabi ini ini ialah budaya kebiasaan memberi salam. Di Malaysia, kita hanya memberi salam hanya ketika hendak memulakan perbualan dalam sesuatu acara ataupun berbual dengan rakan yang kita kenal.
Tetapi tidak di abu dhabi. Budaya salam ini merata-rata.
Di kedai makan,
Di dalam lif (malahan saya pernah di sapa salam oleh seorang perempuan arab yg 'buleh tahan seksi' pakaiannya),
di kedai stesen minyak dan sebagainya.
Cumanya, saya perlu berhati-hati agar tidak memberi salam kepada orang bukan islam. (Penjelasannya boleh rujuk disini )
Yang rumitnya, di sini amat sukar untuk kita mengenal yang mana satu muslim dan yang mana satu bukan muslim, khususnya rakyat india yang bekerja di sini. Hampir semuanya lebih kurang sahaja, agak sukar untuk membezakan antara muslim dengan non muslim.
Apabila di perantauan ini, barulah saya nampak akan hikmah sunnatullah dalam hal menyimpan janggut ini, sebab saya percaya ia merupakan identiti kepada umat islam. Rupanya saranan menyimpan janggut ini menyenangkan kita mengenali saudara seagama kita sendiri.
"Assalamualaikum. sorry my friend for keeping up waiting. come come, lets bring the washing machine to my house," sahut saya kepada tukang baiki itu bersama dengan kawannya yang menunggu di depan rumah.
Setelah selesai, saya pun mengiringi mereka ke luar rumah dan membayar upah membaiki washing machine tersebut.
"Thank you my friend. here is the money," kata saya sambil menyerahkan duit upah kepadanya.
"Welcome sir. if anything problem, call me,"balas beliau.
"ok sure. by the way, what is you name? my name is azhari, from Malaysia," saya memperkenalkan diri kepadanya.
"My name is Raju, sir."
Raju?? laa, bukan muslim rupanya. Ingatkan india muslim tadi!
Sempat dia mengangkat tangan kepada saya sebelum dia beredar,
"ok sir, take care. Assalamualaikum,"
"waalaikumsa..erk," saya terhenti, baru teringat, dia non muslim.
"alaika!" jawab saya sambil melambai kepada dia.
Saya tersenyum sendirian.Dalam hati berkata,"terkena jugak aku hari ini".
Catatan abu umar
8 July 2009
1221 hours.
0 comments:
Post a Comment