Abu Umar | 

21 Dec 2012 kiamat..??


Satu lagi filem Box office tajaan musuh Islam untuk memesongkan aqidah umat islam zaman kini.

Harapnya kita tidak mudah terpedaya dengan jarum halus yang dimainkan oleh mereka sekarang.Tidak dinafikan, kesan digital yang dihasilkan sangat mengkagumkan. Bravo to the producer..!!

Tetapi awas, barangkali aqidah kita boleh terjejas jika kita mempercayai jalan ceritanya, kerana hal terjadinya kiamat AMAT MUSTAHIL diketahui oleh manusia. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang memegang rahsia tersebut:

Berkata al-Bukhari dari ibn Imran bersabda Rasulullah s.a.w:
" Lima perkara yang manusia tidak tahu kecuali Allah."

1. Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku hari esoknya.
2. Manusia tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim seorang ibu.
3. Manusia tidak mengetahui bila dan di mana hujan akan diturunkan.
4 Manusia tidak tahu tarikh kematian dan tanah perkuburan
5. Manusia tidak tahu bilakah akan berlakunya kiamat.
Saya tertanya-tanya, dari manakah mereka mendapat idea untuk membuat cerita ini? dan juga, mengapa mereka memilih 2012, bukannya 2015,2017 atau 2020?

Rupanya, mereka mengambil sumbernya (sebahagiannya) di sini, sini dan di sini.

Dalam dunia menuju kemodenan baik dari sudut kehidupan, pemikiran, pembangunan dan kecanggihan teknologi, mereka masih pula boleh mengambil teori-teori agama kuno untuk memainkan sentimen ketakutan terhadap 'apocalypse day' yang kononnya akan berlaku pda 21 Disember 2012.

Moga kita diberi kekuatan untuk menjaga aqidah kita dalam zaman yang serba moden dan mencabar ini.

Wallahu alam.

Abu Umar : lebih percaya cerita kartun...

0 comments: