Abu Umar | 

Salji di bumi UAE

Bismillahirrahmanirrahim...

As usual, the first thing i would do before starts working on sunday morning (besides du'a) is checking emails and news all around the world.

For local story, i always browse three webnews, namely gulfnews.com,khaleejtimes.com and thenational.ae. My eyes were focusing on today's headlines . Well, i would say that people visiting Ras Al-Khaimah (RAK) on last friday would be a lucky man though..

Guess what, Snow fell heavily on the mountains of Ras Al Khaimah...!!
(story HERE, HERE, and HERE)

Not in my mind before that there would be snow falling in a desert area (desert covers more than 70% of UAE land). That reminds me on one email i received several years ago on the same matter ( they found snow in saudi if i am not mistaken). Following my heart, i try to google for it, and what do you know, there's also a 'snow fiesta' in saudi this year after all.(blog story HERE)

If this phenomena will be common for the incoming years, i guess the arabs wouldn't have to spend more to get the feeling of 'touching' the snow with their bare hands.

Some of the pictures taken from the web:





Serban dan Perjuangan


Saya sangat tertarik dengan berita yang dipaparkan dalam harakahdaily hari ni (lihat di sini)

Pokok pangkalnya ialah berkenaan pemakaian serban di Malaysia.

Syabas kepada pemuda tersebut kerana berani mempertahankan tindakannya itu, iaitu dengan memilih penjara daripada membayar denda sebanyak RM90. Mungkin bagi mereka, tindakan itu amatlah tidak cerdik dan kurang matang, tetapi bagi saya sekurang-kurangnya ia boleh menjadi tindakan 'sarcastic' yang cukup berani, cukup untuk menyedarkan orang yang memperlekehkan atas pemakaian serban ini.

Sekurang-kurangnya, tindakan tersebut boleh menzahirkan manusia-manusia yang tidak mahu sunnah dihidupkan di bumi Allah Taala ini ( lihat di sini)

Sunnah berserban
Bila membaca berita ini, terkenang saat saya mula berjinak-jinak dengan pemakaian serban, kalau tidak silap saya selepas habis exam SPM.Bermulanya saya memakai serban bukan atas sebab untuk menghadiri kuliah maghrib atau untuk mengikut sunnah, tetapi kerana pada waktu itu tidak ada helmet untuk dipakai oleh saya untuk balik kerumah ! Selepas kejadian tersebut, kesedaran untuk memakai serban mulai terbit dan hari 'bersejarah' itu telah mengubah persepsi saya terhadap pemakaian serban.

Peristiwa itulah yang mendorong saya untuk lebih mendekati agama islam,merubah sepenuhnya hidup saya daripada kegelapan kepada cahaya nur islam..

Masih terngiang-ngiang pesanan (secara berseloroh) salah seorang guru mursyid saya, Ust Halim Hassan berkenaan pemakaian serban:

" kalau nak tau syaitan kuat ka dak dalam diri tuan-tuan, balik ghumah dan try pakai serban, lepaih tu belek betoi-betoi muka (yg berserban) kat cermin. Kalau keluaq perkataan "Alamak!! dan gelak besaq, Haaaa...tu tanda ada setan laa dalam diri tuan-tuan! "

Tidaklah bermaksud orang yang tidak pakai serban itu semuanya syaitan. Ia hanyalah sekadar saranan ataupun kata-kata 'sarcastic' kepada orang yang mendengar kuliah pada masa tersebut. Infact, saya buat apa yang disarankan oleh beliau. Balut serban tu usah dikira lah, maklumlah masih 'novice' dalam arena 'serban-menserban' ini. Memang betullah kata beliau, bila dah tengok muka kat cermin, gelak tu usah dikira laa, tetapi ini tidak menghentikan saya dalam menghidupkan sunnah nabi yang mulia ini.

Pelbagai-bagai kritikan yang saya terima sewaktu itu, antaranya :
- Macam ada buah kana jaa ataih kepala hang tu
- Nampak pelik la muka hang bila pakai serban
- Woi Pak haji naik moto, dah insaf kaa??
- Kunun dah jadi baik la tu bila serban kat kepala
- Tu dah masuk geng Al-Maunah la tu (masa berserban merah)

Patutlah orang yang menghidupkan sunnah di akhir zaman ini diberi ganjaran yang hebat,sebagaimana yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد
"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid"

Sunnah yang dilupai
Berpegang dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman ini bagaikan menggenggam bara api, amat payah sekali. Ramai umat islam begitu beriya-iya hendak menghidupkan sunnah dari sudut ibadat, tetapi saya hairan kenapa mereka tidak mahu mengikut sunnah dari sudut perjuangan untuk memartabatkan islam? Teringat lagu dendangan nadamurni berkenaan sunnah orang berjuang:

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana

Miskin dan papa jadi tradisi

Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang

rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur
baringnya tak berwaktu


Orang lain buat harta

tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas

tapi pejuang kawan merata;

Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya

Orang lain mati dilupa


Para pejuang tetap dikenang

sejarahnya ditulis orang

Makamnya sentiasa diziarahi

walau perjuangan tak berjaya

Sunnah perjuangan ini amat sukar untuk dirasai. Manusia-manusia yang benar-benar ikhlas dan faham akan konsep perjuangan ini sahaja yang akan mengharungi perkara-perkara yang cukup menduga keimanan dan prinsip mereka. Bukankah Allah Taala menempelak orang-orang yang mendabik dada kununnya merekalah orang beriman dan akan memasuki syurga, sedangkan mereka tidak diuji lagi?

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
- Albaqarah, 214-

Melakukan ibadah mahdhoh yang banyak seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya belum tentu menjamin kita untuk memasuki syurga. Ramai muslim yang kukuh dari sudut ibadat, tetapi goyah dari sudut aqidah. Ramai orang yang mantap dari sudut ibadat, tetapi ibadahnya itu hanya sekadar penat semata-mata, dan tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk akhlak yang mulia.

Bukankah syurga itu mahal harganya?

Sama-samalah kita doakan agar Allah Taala memasukkan kita ke dalam orang yang menghidupkan sunnah perjuangan..

Macam-macam ada..

PRK036 KT

Pilihanraya kecil untuk memilih Wakil Rakyat di Parlimen Kuala Terengganu sudahpun selesai. Ucapan tahniah untuk Jamaah PAS atas kejayaan merampas satu kerusi parlimen di negeri Terengganu. Kemenangan ini sedikit sebanyak memberi rangsangan baru kepada pendokong PAKATAN untuk bekerja lebih gigih di masa hadapan.

Beberapa perkara yang sangat menarik perhatian saya semasa keputusan pilhanraya diumumkan semalam ialah:
  • Ucapan Tuan Guru Nik Aziz sesudah mengetahui kemenangan PAS.
"Sujudlah dua rakaat, jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah"

Itulah indahnya bila berada dalam gerakan Islam. Dididiknya ahli supaya hormat kepada kawan dan lawan. Ditarbiahnya ahli supaya meletakkan dakwah dihadapan berbanding segala-galanya.
  • Ucapan yang di berikan oleh pimpinan kepada Y.B Abdul Wahid Endut.

"Takziah atas kejayaan menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru"

Sebab mereka tahu, menjadi pemimpin masyarakat ini bukanlah hak eksklusif yang boleh dibangga-banggakan.

Dalam jamaah, kita semua di ajar bagaimana jawatan yang dipegang didalam parti ataupun masyarakat sebenarnya merupakan satu bebanan dan taklifan yang amat berat untuk dilaksanakan.

Dalam jamaah, pimpinan tidak di hambur dengan banglo besar, kereta besar ataupun habuan besar, malahan di sajikan pula dengan pengorbanan besar, bebanan yang besar dan tanggugjawab yang besar.

Takziah sekali lagi untuk Y.B Abdul Wahid Endut, semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Yang paling menarik ialah bagaimana kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli PAS dan DAP dalam gerakerja PRK kali ini.

Orang DAP boleh tidur serumah dengan Ahli PAS ( Di SINI)

Orang bukan islam boleh mengibarkan Bendera PAS (Di SINI)

Ternyata isu perkauman tidak lagi laku. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan terhapusnya tembok perkauman ini, kita akan dapat melebarkan panji Islam ke seluruh genap masyarakat tidak kira dia melayu,india, cina ataupun orang asli sekalipun.

Nyah "assobiyah" dari bumi Malaysia..!!


GAZA

Sudah hampir 3 minggu tentera Israel Laknatullah membaham penduduk islam di bumi Gaza, Palestin. Kali ni , serangan mereka agak berlainan sekali dengan serangan-serangan sebelumnya.

Bilang sahaja apa yang tidak dimusnahkannya. Masjid? Sekolah? Hospital? Orangtua? kanak-kanak?

"Itu semua talibarut HAMAS", kata mereka..

Memang BANGSAT sungguh tentera Israel ini...!! Nak tahu ketinggian darjat keBANGSATan mereka ini? Lihat di SINI dan di SINI

Mudah-mudahan keBANGSATan mereka ini akan menyemarakkan semangat JIHAD umat Islam sekalian.

Teruskan Berdoa...

Teruskan agenda boikot..

Teruskan Infaq anda..

Tingkatkan sensitiviti kita terhadap peristiwa hitam Umat islam ini. Jangan jadi mudah lupa!


ANAK SAUDARA YANG BARU

Kakak sulung saya baru melahirkan anak lelaki pada 12 Januari yang lepas. Dapat lagi anak saudara lelaki..!! Cuma kali ini, saya tidak dapat memegang dan meraikan mereka seperti yang saya lakukan kepada 4 anak saudara saya yang sudah.

Mabruk kepada kakak sulung saya. Mudah-mudahan Allah Taala memurahkan rezeki dan merubah kehidupan mereka pada masa hadapan.

Rents in Dubai and Abu Dhabi level off

Last Updated: January 12. 2009 1:41AM UAE / GMT
Source: Thenational.ae //
By rditcham@thenational.ae

Abu Dhabi // The rise in rent for many apartments in Dubai and Abu Dhabi slowed to a standstill in the last three months of the year, according to a new housing report, bringing relief to some tenants after years of soaring prices.

The average cost of renting a one-bedroom flat in Dubai rose by only four per cent last year and did not rise at all in the last three months, the UAE-based property services firm Asteco said in its fourth quarter report, which will be published in full today.

In Abu Dhabi, rents for units with two or three bedrooms also levelled off, although demand for smaller, less expensive homes pushed up prices for one-bedroom flats, the company said.

After years of extreme rental inflation, where average prices climbed by more than 100 per cent, it seemed the UAE would at last enjoy a sustained period of stability, Andrew Chambers, the managing director of Asteco, said yesterday.

“Certainly for the next three to nine months I don’t think there will be anything that will cause a move back to rapid inflation,” Mr Chambers said.

Some property analysts expect the market to soften further as redundancies and recruitment freezes lead to lower housing demand.

Myles Bush, the managing director of Powerhouse Properties, a Dubai-based estate agency, said the number of people starting new leases in Dubai was declining.

The cooling rental market, also a result of an increase in housing supply and prices having reached the limits of affordability, will bring some relief to tenants.

In addition, landlords are relaxing payment terms, allowing tenants to pay rent monthly, rather than with two or three cheques a year.

Jerome Abad, an Italian living in Dubai’s Jumeirah Beach Residence (JBR), said he was relieved that rents finally seemed to be easing.

“My landlord has set me a fair rent compared to market prices, which takes a weight off my mind,” Mr Abad said. “I certainly haven’t heard as many people complaining about their rent in the last six months as before.”

Meanwhile, an International City resident seeking to move to Discovery Gardens said he was quoted about Dh120,000 (US$32,671) in annual rent for a one-bedroom flat in August, but was asked for Dh80,000 to Dh85,000 this month.

“Rents seem to be staying the same in International City but going down in Discovery Gardens,” he said.

Average annual rent for studios, and apartments with one, two and three bedrooms in Dubai were Dh80,000, Dh123,000, Dh165,000 and Dh243,000 respectively, Asteco said.

Average rents for villas in Dubai climbed by just eight per cent between the third and fourth quarters of last year. The company did not release similar figures for the capital.

“A lot of this [stabilisation] has to do with new supply and tenants being unwilling to pay the extra,” Mr Chambers said.

“For the second and third quarters of 2008 the prices were too high to be sustainable and people couldn’t afford it, while in the last quarter people were perhaps leaving or stock was coming on the market.”

New housing has been delivered in projects such as International City and Discovery Gardens, both developed by the UAE-based Nakheel.

In addition, property owners in JBR who had been reluctant to put their homes on the rental market, preferring to watch them appreciate in price before selling, are now keen to earn rental income amid tumbling sales prices.

The trend has reduced pressure on Dubai and Abu Dhabi’s housing authorities to renew the five per cent caps that applied to rent rises last year.

Rera, Dubai’s property market regulator, said a rental index would soon be released after approval from the Royal Court, and would provide price bands for various types of property in different areas of the city.

It is intended to give tenants a reliable source of information on the costs of accommodation in different neighbourhoods and act as a safeguard against greedy landlords, Rera said.

There has been no indication about this year’s rental legislation in Abu Dhabi but many expect the five per cent rent cap to be maintained because of the capital’s shortage of rentable housing.

Although rents declined in the latter months of last year, according to Asteco, average apartment prices in the capital increased significantly over the full 12 months.

Rents increased by between 80 per cent and 160 per cent in the 12 months starting December 2007, depending on the size of the apartment, the company’s report said. No quarterly comparison was available.

Rates for villas in Abu Dhabi experienced “steady growth”, with the highest increases being in Al Raha Gardens and Khalifa A, the report added. Rents for three-bedroom homes within these projects went up by 14 per cent and 16 per cent respectively, compared with the previous quarter.

The capital’s average annual rental rates for villas with three, four and five bedrooms were Dh375,000, Dh445,000 and Dh535,000 respectively.

Meanwhile, Al Ain’s residential market has also undergone a price rise due to bulk renting of apartments by companies, Asteco said.

Demand was further increased by Abu Dhabi and Dubai residents renting villas in Al Ain and commuting to offices in the UAE’s two largest cities.

Apartment rates in Al Ain continued to increase but were mostly lower than villa rentals.




Abu Umar : Sangsi dengan harga sewa turun...

Demo membantah kekejaman Israel@Corniche, Abu Dhabi

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sempat menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel semalam di Jalan Corniche, Abu Dhabi.

Lama juga saya tidak menyertai demonstrasi sebegini. Kali ini lain sedikit, berdemo bersama-sama pak arab yang tidak kurang semangat laungan 'Allahu Akbar' dan 'Lailahaillallah' nya.

Agak saya, tidak kurang daripada 5000 orang menyertai demo berkenaan. Jalan corniche ditutup dan dikawal rapi oleh polis di sini. Kelihatan pelbagai lapisan masyarakat dan warganegara yang menyertai demo di sini.

Pada saya, demo ini memang dianggap berjaya jika dilihat daripada 'crowd' yang hadir pada hari tersebut. Sekurang-kurangnya Abu Dhabi boleh menunjukkan kepada dunia bahawa mereka turut sama 'menunjukkan' bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin.

Tetapi, kalau ditinjau dari sudut 'ruh' demonstasi tersebut, saya melihat tidak ada bezanya demonstrasi ini dengan perarakan maal hijrah di malaysia. Walaupun kedengaran laungan Allahu Akbar, Lailahailallah dan Khaibar-khaibar Ya Yahud Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud, saya tidak dapat merasai ruh yang sama ketika turut sama menyertai demonstrasi di Malaysia. Tidak kedengaran pun ucapan-ucapan,doa mahupun kata perangsang yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang mengetuai demo tersebut (tidak ada pun yang mengetuai demo tersebut). Bagi saya, ruh tidak ada!!

(Sebenarnya saya sempat melihat adegan pemuda arab mengorat 'awek' arab dalam demo tersebut, siap boleh bertukar-tukar nombor phone lagi..!!Saya dan isteri hanya menggeleng kepala melihat gelagat mereka)

Walaupun seronok bercampur kecewa, perasaan itu agak lega apabila dapat juga mengajak sahabat-sahabat usrah turut sama menyertai demo tersebut. Sekurang-kurangnya, ada sedikit usaha yang kecil untuk menunjukkan protes kita terhadap kebiadapan tentera Israel Laknatullah.

"Jika tidak dapat melakukan semua, jangan tinggalkan semua"

Gambar berikut memaparkan beberapa snapshot yang sempat diambil ketika demo tersebut.