Bismillahirrahmanirrahim..
Saya sempat menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel semalam di Jalan Corniche, Abu Dhabi.
Lama juga saya tidak menyertai demonstrasi sebegini. Kali ini lain sedikit, berdemo bersama-sama pak arab yang tidak kurang semangat laungan 'Allahu Akbar' dan 'Lailahaillallah' nya.
Agak saya, tidak kurang daripada 5000 orang menyertai demo berkenaan. Jalan corniche ditutup dan dikawal rapi oleh polis di sini. Kelihatan pelbagai lapisan masyarakat dan warganegara yang menyertai demo di sini.
Pada saya, demo ini memang dianggap berjaya jika dilihat daripada 'crowd' yang hadir pada hari tersebut. Sekurang-kurangnya Abu Dhabi boleh menunjukkan kepada dunia bahawa mereka turut sama 'menunjukkan' bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin.
Tetapi, kalau ditinjau dari sudut 'ruh' demonstasi tersebut, saya melihat tidak ada bezanya demonstrasi ini dengan perarakan maal hijrah di malaysia. Walaupun kedengaran laungan Allahu Akbar, Lailahailallah dan Khaibar-khaibar Ya Yahud Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud, saya tidak dapat merasai ruh yang sama ketika turut sama menyertai demonstrasi di Malaysia. Tidak kedengaran pun ucapan-ucapan,doa mahupun kata perangsang yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang mengetuai demo tersebut (tidak ada pun yang mengetuai demo tersebut). Bagi saya, ruh tidak ada!!
(Sebenarnya saya sempat melihat adegan pemuda arab mengorat 'awek' arab dalam demo tersebut, siap boleh bertukar-tukar nombor phone lagi..!!Saya dan isteri hanya menggeleng kepala melihat gelagat mereka)
Walaupun seronok bercampur kecewa, perasaan itu agak lega apabila dapat juga mengajak sahabat-sahabat usrah turut sama menyertai demo tersebut. Sekurang-kurangnya, ada sedikit usaha yang kecil untuk menunjukkan protes kita terhadap kebiadapan tentera Israel Laknatullah.
Gambar berikut memaparkan beberapa snapshot yang sempat diambil ketika demo tersebut.

"Jika tidak dapat melakukan semua, jangan tinggalkan semua"
Gambar berikut memaparkan beberapa snapshot yang sempat diambil ketika demo tersebut.
1 comments:
Pada pendapat saya, kebanyakan orang palastine yang tinggal disini rata 2sudah senang dan mereka kebanyakan telah lupa diri,kehidupan mereka kadang kita sangsi adakah betul Islamic value atau tidak..mereka bekerja kuat mencari rezeki dan menaikan martabat diri dari segi pangkat dan kerja tapi sayng mereka lupa diri dan sanggup menganiyai bangsa sendiri dan orang lain sesama agama...demi kepentingan diri mereka..rata dari mereka telah migrate ke kanada, US dan Europe..satu je yang kita boleh puji kekuatan jati diri mereka adalah tinggi dan rajin bekerja..harapan semoga kita boleh ambil yang baik sebagai tauladan dan yang tak baik jadi sempadan...
Post a Comment