Abu Umar | 

Serban dan Perjuangan


Saya sangat tertarik dengan berita yang dipaparkan dalam harakahdaily hari ni (lihat di sini)

Pokok pangkalnya ialah berkenaan pemakaian serban di Malaysia.

Syabas kepada pemuda tersebut kerana berani mempertahankan tindakannya itu, iaitu dengan memilih penjara daripada membayar denda sebanyak RM90. Mungkin bagi mereka, tindakan itu amatlah tidak cerdik dan kurang matang, tetapi bagi saya sekurang-kurangnya ia boleh menjadi tindakan 'sarcastic' yang cukup berani, cukup untuk menyedarkan orang yang memperlekehkan atas pemakaian serban ini.

Sekurang-kurangnya, tindakan tersebut boleh menzahirkan manusia-manusia yang tidak mahu sunnah dihidupkan di bumi Allah Taala ini ( lihat di sini)

Sunnah berserban
Bila membaca berita ini, terkenang saat saya mula berjinak-jinak dengan pemakaian serban, kalau tidak silap saya selepas habis exam SPM.Bermulanya saya memakai serban bukan atas sebab untuk menghadiri kuliah maghrib atau untuk mengikut sunnah, tetapi kerana pada waktu itu tidak ada helmet untuk dipakai oleh saya untuk balik kerumah ! Selepas kejadian tersebut, kesedaran untuk memakai serban mulai terbit dan hari 'bersejarah' itu telah mengubah persepsi saya terhadap pemakaian serban.

Peristiwa itulah yang mendorong saya untuk lebih mendekati agama islam,merubah sepenuhnya hidup saya daripada kegelapan kepada cahaya nur islam..

Masih terngiang-ngiang pesanan (secara berseloroh) salah seorang guru mursyid saya, Ust Halim Hassan berkenaan pemakaian serban:

" kalau nak tau syaitan kuat ka dak dalam diri tuan-tuan, balik ghumah dan try pakai serban, lepaih tu belek betoi-betoi muka (yg berserban) kat cermin. Kalau keluaq perkataan "Alamak!! dan gelak besaq, Haaaa...tu tanda ada setan laa dalam diri tuan-tuan! "

Tidaklah bermaksud orang yang tidak pakai serban itu semuanya syaitan. Ia hanyalah sekadar saranan ataupun kata-kata 'sarcastic' kepada orang yang mendengar kuliah pada masa tersebut. Infact, saya buat apa yang disarankan oleh beliau. Balut serban tu usah dikira lah, maklumlah masih 'novice' dalam arena 'serban-menserban' ini. Memang betullah kata beliau, bila dah tengok muka kat cermin, gelak tu usah dikira laa, tetapi ini tidak menghentikan saya dalam menghidupkan sunnah nabi yang mulia ini.

Pelbagai-bagai kritikan yang saya terima sewaktu itu, antaranya :
- Macam ada buah kana jaa ataih kepala hang tu
- Nampak pelik la muka hang bila pakai serban
- Woi Pak haji naik moto, dah insaf kaa??
- Kunun dah jadi baik la tu bila serban kat kepala
- Tu dah masuk geng Al-Maunah la tu (masa berserban merah)

Patutlah orang yang menghidupkan sunnah di akhir zaman ini diberi ganjaran yang hebat,sebagaimana yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد
"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid"

Sunnah yang dilupai
Berpegang dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman ini bagaikan menggenggam bara api, amat payah sekali. Ramai umat islam begitu beriya-iya hendak menghidupkan sunnah dari sudut ibadat, tetapi saya hairan kenapa mereka tidak mahu mengikut sunnah dari sudut perjuangan untuk memartabatkan islam? Teringat lagu dendangan nadamurni berkenaan sunnah orang berjuang:

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana

Miskin dan papa jadi tradisi

Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang

rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur
baringnya tak berwaktu


Orang lain buat harta

tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas

tapi pejuang kawan merata;

Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya

Orang lain mati dilupa


Para pejuang tetap dikenang

sejarahnya ditulis orang

Makamnya sentiasa diziarahi

walau perjuangan tak berjaya

Sunnah perjuangan ini amat sukar untuk dirasai. Manusia-manusia yang benar-benar ikhlas dan faham akan konsep perjuangan ini sahaja yang akan mengharungi perkara-perkara yang cukup menduga keimanan dan prinsip mereka. Bukankah Allah Taala menempelak orang-orang yang mendabik dada kununnya merekalah orang beriman dan akan memasuki syurga, sedangkan mereka tidak diuji lagi?

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
- Albaqarah, 214-

Melakukan ibadah mahdhoh yang banyak seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya belum tentu menjamin kita untuk memasuki syurga. Ramai muslim yang kukuh dari sudut ibadat, tetapi goyah dari sudut aqidah. Ramai orang yang mantap dari sudut ibadat, tetapi ibadahnya itu hanya sekadar penat semata-mata, dan tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk akhlak yang mulia.

Bukankah syurga itu mahal harganya?

Sama-samalah kita doakan agar Allah Taala memasukkan kita ke dalam orang yang menghidupkan sunnah perjuangan..

0 comments: